bersabarlah dalam menuntut ilmu


widgeo.net

Thursday 19 July 2012

Tukul dan Pahat

Tukul amat diperlukan untuk menggerakkan pahat untuk membuat rumah..
ada la satu hari dimana kelas e***t..tukul ni aku ibaratkan lah seperti hamba Allah yang akan aku ceritakan sekejap lagi dan kami semua pahat la dan rumahnya ibarat assignment yang kelas kami harus lakukan..
19/7/2012
aku seperti biasa kelas e***t ni akan sentiasa dtg lambat dan seperti biasa juga "tukul" ni dah ada...
tunggu ketua dtg untuk ceritakan e***t yang kami dah bincang tanpa dia...sejak mula lagi "tukul" cakap (tukul boleh ckp) "awak pilih la ikut apa yang awak nak..dah pilih elok dah family day tp xapprove oleh orang atasan n td dia marah berdasarkan apa yang dia NAMPAK guna dua biji mata dia 2 dia ckp kami ni ada yang xamek kisah pasal event, xdtg kelas, ada yang buat hal sendiri...okey mmg betul ape y dia ckp..then dia ada ckp yang dia sgt perihatin,dia risau dgn kelas kami yang xhantar proposal lagi, xtidur malam memikirkan hal kami ni..dia nampak segelintir je yang bekerja keras tp aku rasa sorang je...tp xpela pasal 2...itu daripada dia la..tp ni dari pandangan aku...luahan hati aku...

ape yang aku tgk dia xdela perihatin kalau dia xckp dia perihatin, aku ni xdela pangkat tinggi tp aku kene ikut setiausaha sbb aku naib...1 hr 2 kami berdua pergi print proposal nak hantar dkt dia, dia ckp dia ada dkt makmal smpi kul 1, kami terlambat 15 minit je...dia dah balik dah tibe rumah dah pun bila kami telefon...sdgkan mmg nak hantar dkt org atasan 2..prihatin namenya 2?kalau dia xckp dia prihatin mmg aku xnmpk yg dia prihatin...apa salah tunggu sekejap,xpun call balik..dalam kelas mmg dia xnmpk apa yang kami buat kecuali setiausaha sbb mmg dah kerjanya mcm 2...ada yang senyap tp g cari roti, belon dan sebagainya nak menjayakan e***t ni, ada yang xslalu dtg tp call sana call sini..ada dia th, ada yang senyap berpeluh2 kesana sini naik sana naik sini, apa yang dia nmpk dlm kelas semuanya buruk...dah 5 thn jadi "tukul" tp xboleh pk orang lain...

kembali kepada "tukul"
dalam perkataan-perkataan 2 ada yg ditujukan khas untuk aku...aku th..tp xpe aku ttp buat kerja aku sbgi naib setiausaha...bukan pemberi idea...dia xpnh th pun yang kena kesana-kesini naik nak print,nak binding,aku nak buat semua 2 tp xdpt sebab setiausaha lebih suka teruskan apa y dia mulakan..xpe aku paham..tp sbb ape y dia NAMPAK aku dlm kelas hanyalah pendiam yang duduk belakang sorang2 tp apa yang dia th...

aku malas nak ckp lagi cukupla aku luah smpi sini

Tuesday 29 November 2011

kuantan

27/11/2011
walaupun sekejap sgt rasanya (5jam je)
tapi ingatan kekal berpanjangan (slagi xhlg ingatan la)

mcm ni citenya (jeng3)
hari ahad hari 2 aku dgn dia janji nak pergi kuantan (owh)
tempat yg belum aku pergi lagi kat pahang ni (yg berhampiran la)
kononnya nak gerak kul 8.30 tapi 2 la dia naik van,van 2 nak tunggu student pulak (tamak haloba)
walhal student ramai balik, almaklumla isnin cuti maal hijrah/tahun baru Islam (slmt tahun baru)
tunggu punye tunggu student (lama sgt)
dtg 3 org siswi yang nak pergi mane entah,da nak kene anto dieorg dulu(bwt spoil je)
bas kul 8.30 tapi bkn bas ekspress terlepas (klu express aku mintak balik dwt kat pak cik van 2)
dia smpi kul 8.40 lebih kurang agaknya, tanya member org kuantan dia kata bas 9.30am ada (lambat sgt)
so kiteorg naik la bas 2.(bas bee huat)

dalam bas 22 mata kuyu je tido lambat...(msj kot)
dalam kul 12 kiteorg tibe kat kuantan (panasss)
masuk ecm/east coast mall msuk je aku tengok mata dia trbeliak tengok mall 2 mcm pavillion dia kata (org kl)
aku pun ye kan aja la maklum la dtg dari pedalaman..hehe (muar johor)
jalan punye jalan da kul 1.30 smbl jalan2 2 dia kenalkan la kedai2 yang ada dekat dalam ecm 2..(buta it)
naik tngkat pling atas ada wyng,aku ingat nak tngok real steel tp syg da abes da citanya..kempunan..(huhu)
xpela nak tengok wyng pnya pasal (da niat kan)
dia choose "misteri jalan lama" mmg aku nak tengok cite 2 pun. (bg dia pilih je br nmpk macho..hehe)
cite 2 start kul 2.25 ptg abes kul 4.15.(ok la 2 xlmbt sgt)
mmg bosan,xpyh la tengok bwt abes boras je bak kata org negeri..(10 hinggit hangus)

sblm tengok wayang 2 kitaorg makan dulu mee sizzling 2, (2 pun ikut dia order apa)
mmg xkenyang langsung tp sedap..(aku ni la asyik kena gelar perut tong dgn dia..bdn aku kecik je..huhu)
bila abis je cite 2 kiteorg nak cari sweater baru sbb sweater aku koyak (ada la sbbnya)
cari punya cari jumpe 1 jenama apa entah aku ikut dia je..(sama jenama dgn sweater dia)
yang sonoknya baju sweater 2 dia bayokan..mcm bg hadiah kat aku la..thank you..:-)(len kali blanja ag)
lebih kurang kul 5 kiteorg kuar then mmg ada bas tp da full,xpela kwn aku ckp kul 6 still ada bas,(cya kawan)
tunggu punye tunggu ada sorg mak cik 2 tanya "nak balik mana ni?"(nasib baik)
jengka mak cik (jawapan)
mak cik 2 pun jwp bas yang tadi last da xde bas da(amik kau)
pe ag menggelabah la kiterong..ingat nak overnight (bkn kl oi)
sblm 2 dia jumpa kwn dia dgn pakwe dia jugak so skrg kiteorg da berempat la.(xde setan hehe)
tp mak cik 2 ada ckp bas ekspress ada kul 8 t.(alhamdulillah)
kiteorg pun g la bli, ngam2 tinggal 4..(rezeki..hehe)

tepat kul 7 aku tengok boboi dulu..hehe(best jgk)
then dia ada ckp something yang agak mencuit hati la(mmg kelakar)
dia ckp klu org ingat kita da kawin, mesti diaorg ckp da kawin pun tgk boboi ag..;-)(nak bwt mcm mane)
kul 8 kitaorg pun naik bas,tempat duduk asing2..(sdey n bosan)
aku pun ape ag tido jela,lama gak la.(ngantuk n penat)
dia ckp aku tido kepala aku da nak lentok kat bahu org sebelah 2.(cian dia,maaf)
dlm kul sebelas malam aku tiba,(lewat mlm 2)
seronok dpt jalan2kan..(rindu)
t ada rezeki kita jalan2 ag ye...:-)

Saturday 1 October 2011

Sebelumku Pergi

sebelumku pergi
kuintai mimpi semalam
harum mewangi
menyelinap rindu
sesegar mawar dinihari


sebelumku pergi
kutabur bunga impian
segenap derap kenangan
baunya mengasyikkan
hidangan rindu bertandang
membasuh beribu kesedihan


sebelumku pergi
kutadah bekas-bekas kelukaan
mengumpul calar perasaan
di setiap ruang
merah pekat kehitaman
pedih, duka kesakitan
bekal memori mendatang


sebelumku pergi
inginku miliki semua
hati kudus manja
seorang insan
bernama perempuan
agar setia sepanjang zaman


sebelumku pergi
harap dapat kuhirup
pemberian kemaafan
penamat salam
melabuh tirai
satu perhubungan


sebelumku pergi
inginku terus menyayangi


setelahku pergi
abadimu sentiasa di hati

tentang aku

Sepi memenuhi ruang
Tanpa awan nano itu...
yang dahulunya sentiasa ada,
menemani dan memayungi aku...
kini Awan Nano tiada lagi,
pergi buat selamanya....


Terus sendirian aku,
bertahan di lautan keduniaan..
bagaikan lalang tanpa akar,
aku tertunduk dan tersungkur..
tiada huluran yang membangunkan,
dan tiada sahutan yang menenangkan..


Aku berharap pada pepohon rimbun,,
unutk memayungi aku dari kedinginan hujan,
dan teriknya goresan mentari..
namun belum sempat aku berteduh,
pepohon rimbun menimpakan dahan,
membuatkan aku terus jatuh...


Kini jauh diri kubawa,
bertemankan awan kecil dan bayu kedamaian...
yang mengiringi setiap langkahku,
mengukir ceritera baru di lembaran hidup...
dan aku masih berharap,
pada awan kecil untuk terus menemaniku...
Jua pada bayu kedamaian,
agar terus mengiringi....

Tuesday 20 September 2011

ketentuan

Sekuat mana tangan menopang
seteguh apa pun kaki berdiri,
tetap kan goyah dilanda takdir...
Meski tubuh tidak merelakan,
atau hati tidak meredhai,
takdir tetap ketentuan hakiki...

Dia Maha Mengetahui,
setiap apa yang melanda,
dan setiap detik yang berlalu...
Dia juga yang Maha Menentukan,
segala yang tertuli,
mahupun yang terlukis...

Seperti mereka...
Yang kini tiada lagi,
yang kini dirindui...
Mereka pergi,
tanpa sedikitpun kesediaan...
Begitupun mereka menjaga,
setiap langkah dan tingkah...
Tidak sekalipun mereka leka,
dan tidak pernah mereka lalai...
Namun mereka tetap tewas,
pada apa yang mereka jagakan...

Sungguh hati ini pilu,
melihat mereka terkujur kaku...
Pergi buat selamanya....
Namun diri ini pasrah,
pemergian mereka pada saat umat berperang....
Di ketika tiada satu pun makhluk,
yang menggangu mereka....
Semoga mereka ditempatkan bersama yang lain,
di tempat yang Dia Redhai...

Ketentuan...
Menempatkan kita pada situasi ini
Di dalam suasana ini...
Ketika yang lain bergembira meraikan
Diri ini diulit kerinduan...
Pada ketika diri masih goyah,
memerlukan huluran kasih untuk terus berdiri,
mereka diambil buat selamanya...

Friday 2 September 2011

seminggu

27 August 2011
dah seminggu baru la aku berani nak bercerita
aku cerita ni pun nak mengingatkan diri aku waktu parent aku meninggal
yela aku pun manusia biasa
mana lah tahu Allah nak tarik ingatan aku atleast aku ada bukti tarikh pemergian kedua-dua org tua aku

parent aku nak pergi "ngeteh" atau minum teh. nek motor ego yang agak baru beli hutang pun xabes bayo lagi 2. selalu parent aku pergi kedai dekat kg je
kebetulan hari 2 kedai 2 xbukak so parent aku pergi kedai jauh sikit luar kg la dekat sg mati.
kemungkinan kedai kat sg mati pun xbukak so parent aku mungkin nak pergi serom nak ngeteh kat sane
dalam perjalanan ke serom 2 la parent aku eksident dengan cina bodoh yang mmg aku doa "suew" dalam bahasa melayunye malang la hidup cine 2 sampai mampus. bukan kat die je kat family die sekali aku doa suew .kau da la mabuk ko drive laju buat pe bodoh??
cine suew 2 pada mulenye langgor kereta kenari depan die then cine suew 2 makan jalan bertentangan.
depan parent aku ade teenagers bawak moto, die dapat elak kite cine suew 2.
cine suew 2 dah la langgor parent aku then die nak larikan diri pulak nasib bek la teenagers td kejo cine 2 sampai die serah diri dekat balai polis takot kene belasah.

org yang nampak ckp mase kene langgor 2 mak aku pelok abah aku
xdpt aku nak bygkan cmne mak aku menjerit sebut nama suami dia 2.
ramai jugak yang ckp kalau cine 2 xlari kan diri mungkin parent aku xmeninggal
sebab masa die nak lari kan diri 2 parent aku mmg kat tayar cine bodoh 2.
time 2 parent aku tengah berpelokan then mase kene geles ngan cine suew 2 time die nak lari kan diri 2 mak aku bukan keadaan berpelok lagi..

mase aku tengok 2 mmg aku xmampu nak berdiri dah dan saat 2 yang paling aku ingat dan buat aku sdey sgt kalau teringat saat 2.tengok mak aku berdarah kat kepala tengok abah aku terkulai layu macam 2. hanya Allah yang tahu pe perasaan aku time 2.ok la xsanggup da nak teruskan..hargai la parent korang sementara masih ada..:)


Thursday 14 July 2011

doa untuk para pelajar


DOA-DOA UNTUK PELAJAR CEMERLANG, IN SYA ALLAH
Sumber ibnunaeem
1) Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna (ketika mengulangkaji pelajaran) :
اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih”.
2) Doa selepas mengulangkaji pelajaran :
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu”.
3) Doa sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan :
وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا
“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu”.
4) Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan :
سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ
“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa”.
5) Doa memohon kejayaan cemerlang :
اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ
“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh”.
6) Doa ketika menerima kertas soalan :
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي
“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”
7) Doa ketika sukar untuk menjawab soalan :
ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتغِيْثُ
“Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”