bersabarlah dalam menuntut ilmu


widgeo.net

Tuesday 29 November 2011

kuantan

27/11/2011
walaupun sekejap sgt rasanya (5jam je)
tapi ingatan kekal berpanjangan (slagi xhlg ingatan la)

mcm ni citenya (jeng3)
hari ahad hari 2 aku dgn dia janji nak pergi kuantan (owh)
tempat yg belum aku pergi lagi kat pahang ni (yg berhampiran la)
kononnya nak gerak kul 8.30 tapi 2 la dia naik van,van 2 nak tunggu student pulak (tamak haloba)
walhal student ramai balik, almaklumla isnin cuti maal hijrah/tahun baru Islam (slmt tahun baru)
tunggu punye tunggu student (lama sgt)
dtg 3 org siswi yang nak pergi mane entah,da nak kene anto dieorg dulu(bwt spoil je)
bas kul 8.30 tapi bkn bas ekspress terlepas (klu express aku mintak balik dwt kat pak cik van 2)
dia smpi kul 8.40 lebih kurang agaknya, tanya member org kuantan dia kata bas 9.30am ada (lambat sgt)
so kiteorg naik la bas 2.(bas bee huat)

dalam bas 22 mata kuyu je tido lambat...(msj kot)
dalam kul 12 kiteorg tibe kat kuantan (panasss)
masuk ecm/east coast mall msuk je aku tengok mata dia trbeliak tengok mall 2 mcm pavillion dia kata (org kl)
aku pun ye kan aja la maklum la dtg dari pedalaman..hehe (muar johor)
jalan punye jalan da kul 1.30 smbl jalan2 2 dia kenalkan la kedai2 yang ada dekat dalam ecm 2..(buta it)
naik tngkat pling atas ada wyng,aku ingat nak tngok real steel tp syg da abes da citanya..kempunan..(huhu)
xpela nak tengok wyng pnya pasal (da niat kan)
dia choose "misteri jalan lama" mmg aku nak tengok cite 2 pun. (bg dia pilih je br nmpk macho..hehe)
cite 2 start kul 2.25 ptg abes kul 4.15.(ok la 2 xlmbt sgt)
mmg bosan,xpyh la tengok bwt abes boras je bak kata org negeri..(10 hinggit hangus)

sblm tengok wayang 2 kitaorg makan dulu mee sizzling 2, (2 pun ikut dia order apa)
mmg xkenyang langsung tp sedap..(aku ni la asyik kena gelar perut tong dgn dia..bdn aku kecik je..huhu)
bila abis je cite 2 kiteorg nak cari sweater baru sbb sweater aku koyak (ada la sbbnya)
cari punya cari jumpe 1 jenama apa entah aku ikut dia je..(sama jenama dgn sweater dia)
yang sonoknya baju sweater 2 dia bayokan..mcm bg hadiah kat aku la..thank you..:-)(len kali blanja ag)
lebih kurang kul 5 kiteorg kuar then mmg ada bas tp da full,xpela kwn aku ckp kul 6 still ada bas,(cya kawan)
tunggu punye tunggu ada sorg mak cik 2 tanya "nak balik mana ni?"(nasib baik)
jengka mak cik (jawapan)
mak cik 2 pun jwp bas yang tadi last da xde bas da(amik kau)
pe ag menggelabah la kiterong..ingat nak overnight (bkn kl oi)
sblm 2 dia jumpa kwn dia dgn pakwe dia jugak so skrg kiteorg da berempat la.(xde setan hehe)
tp mak cik 2 ada ckp bas ekspress ada kul 8 t.(alhamdulillah)
kiteorg pun g la bli, ngam2 tinggal 4..(rezeki..hehe)

tepat kul 7 aku tengok boboi dulu..hehe(best jgk)
then dia ada ckp something yang agak mencuit hati la(mmg kelakar)
dia ckp klu org ingat kita da kawin, mesti diaorg ckp da kawin pun tgk boboi ag..;-)(nak bwt mcm mane)
kul 8 kitaorg pun naik bas,tempat duduk asing2..(sdey n bosan)
aku pun ape ag tido jela,lama gak la.(ngantuk n penat)
dia ckp aku tido kepala aku da nak lentok kat bahu org sebelah 2.(cian dia,maaf)
dlm kul sebelas malam aku tiba,(lewat mlm 2)
seronok dpt jalan2kan..(rindu)
t ada rezeki kita jalan2 ag ye...:-)

Saturday 1 October 2011

Sebelumku Pergi

sebelumku pergi
kuintai mimpi semalam
harum mewangi
menyelinap rindu
sesegar mawar dinihari


sebelumku pergi
kutabur bunga impian
segenap derap kenangan
baunya mengasyikkan
hidangan rindu bertandang
membasuh beribu kesedihan


sebelumku pergi
kutadah bekas-bekas kelukaan
mengumpul calar perasaan
di setiap ruang
merah pekat kehitaman
pedih, duka kesakitan
bekal memori mendatang


sebelumku pergi
inginku miliki semua
hati kudus manja
seorang insan
bernama perempuan
agar setia sepanjang zaman


sebelumku pergi
harap dapat kuhirup
pemberian kemaafan
penamat salam
melabuh tirai
satu perhubungan


sebelumku pergi
inginku terus menyayangi


setelahku pergi
abadimu sentiasa di hati

tentang aku

Sepi memenuhi ruang
Tanpa awan nano itu...
yang dahulunya sentiasa ada,
menemani dan memayungi aku...
kini Awan Nano tiada lagi,
pergi buat selamanya....


Terus sendirian aku,
bertahan di lautan keduniaan..
bagaikan lalang tanpa akar,
aku tertunduk dan tersungkur..
tiada huluran yang membangunkan,
dan tiada sahutan yang menenangkan..


Aku berharap pada pepohon rimbun,,
unutk memayungi aku dari kedinginan hujan,
dan teriknya goresan mentari..
namun belum sempat aku berteduh,
pepohon rimbun menimpakan dahan,
membuatkan aku terus jatuh...


Kini jauh diri kubawa,
bertemankan awan kecil dan bayu kedamaian...
yang mengiringi setiap langkahku,
mengukir ceritera baru di lembaran hidup...
dan aku masih berharap,
pada awan kecil untuk terus menemaniku...
Jua pada bayu kedamaian,
agar terus mengiringi....

Tuesday 20 September 2011

ketentuan

Sekuat mana tangan menopang
seteguh apa pun kaki berdiri,
tetap kan goyah dilanda takdir...
Meski tubuh tidak merelakan,
atau hati tidak meredhai,
takdir tetap ketentuan hakiki...

Dia Maha Mengetahui,
setiap apa yang melanda,
dan setiap detik yang berlalu...
Dia juga yang Maha Menentukan,
segala yang tertuli,
mahupun yang terlukis...

Seperti mereka...
Yang kini tiada lagi,
yang kini dirindui...
Mereka pergi,
tanpa sedikitpun kesediaan...
Begitupun mereka menjaga,
setiap langkah dan tingkah...
Tidak sekalipun mereka leka,
dan tidak pernah mereka lalai...
Namun mereka tetap tewas,
pada apa yang mereka jagakan...

Sungguh hati ini pilu,
melihat mereka terkujur kaku...
Pergi buat selamanya....
Namun diri ini pasrah,
pemergian mereka pada saat umat berperang....
Di ketika tiada satu pun makhluk,
yang menggangu mereka....
Semoga mereka ditempatkan bersama yang lain,
di tempat yang Dia Redhai...

Ketentuan...
Menempatkan kita pada situasi ini
Di dalam suasana ini...
Ketika yang lain bergembira meraikan
Diri ini diulit kerinduan...
Pada ketika diri masih goyah,
memerlukan huluran kasih untuk terus berdiri,
mereka diambil buat selamanya...

Friday 2 September 2011

seminggu

27 August 2011
dah seminggu baru la aku berani nak bercerita
aku cerita ni pun nak mengingatkan diri aku waktu parent aku meninggal
yela aku pun manusia biasa
mana lah tahu Allah nak tarik ingatan aku atleast aku ada bukti tarikh pemergian kedua-dua org tua aku

parent aku nak pergi "ngeteh" atau minum teh. nek motor ego yang agak baru beli hutang pun xabes bayo lagi 2. selalu parent aku pergi kedai dekat kg je
kebetulan hari 2 kedai 2 xbukak so parent aku pergi kedai jauh sikit luar kg la dekat sg mati.
kemungkinan kedai kat sg mati pun xbukak so parent aku mungkin nak pergi serom nak ngeteh kat sane
dalam perjalanan ke serom 2 la parent aku eksident dengan cina bodoh yang mmg aku doa "suew" dalam bahasa melayunye malang la hidup cine 2 sampai mampus. bukan kat die je kat family die sekali aku doa suew .kau da la mabuk ko drive laju buat pe bodoh??
cine suew 2 pada mulenye langgor kereta kenari depan die then cine suew 2 makan jalan bertentangan.
depan parent aku ade teenagers bawak moto, die dapat elak kite cine suew 2.
cine suew 2 dah la langgor parent aku then die nak larikan diri pulak nasib bek la teenagers td kejo cine 2 sampai die serah diri dekat balai polis takot kene belasah.

org yang nampak ckp mase kene langgor 2 mak aku pelok abah aku
xdpt aku nak bygkan cmne mak aku menjerit sebut nama suami dia 2.
ramai jugak yang ckp kalau cine 2 xlari kan diri mungkin parent aku xmeninggal
sebab masa die nak lari kan diri 2 parent aku mmg kat tayar cine bodoh 2.
time 2 parent aku tengah berpelokan then mase kene geles ngan cine suew 2 time die nak lari kan diri 2 mak aku bukan keadaan berpelok lagi..

mase aku tengok 2 mmg aku xmampu nak berdiri dah dan saat 2 yang paling aku ingat dan buat aku sdey sgt kalau teringat saat 2.tengok mak aku berdarah kat kepala tengok abah aku terkulai layu macam 2. hanya Allah yang tahu pe perasaan aku time 2.ok la xsanggup da nak teruskan..hargai la parent korang sementara masih ada..:)


Thursday 14 July 2011

doa untuk para pelajar


DOA-DOA UNTUK PELAJAR CEMERLANG, IN SYA ALLAH
Sumber ibnunaeem
1) Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna (ketika mengulangkaji pelajaran) :
اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih”.
2) Doa selepas mengulangkaji pelajaran :
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu”.
3) Doa sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan :
وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا
“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu”.
4) Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan :
سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ
“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa”.
5) Doa memohon kejayaan cemerlang :
اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ
“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh”.
6) Doa ketika menerima kertas soalan :
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي
“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”
7) Doa ketika sukar untuk menjawab soalan :
ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتغِيْثُ
“Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

mandi wajib

MANDI WAJIB DENGAN BETUL

Assalamualaikum,


Berkongsi sedikit ilmu... dari JAKIM.


Mandi wajib yg betul


Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.


Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.


Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.


"Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.


Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.


Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.


Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala."


Atau " Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."


Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.


Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala." Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".


Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.


Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.


Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.


Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.


Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..


Inilah yang rumitnya Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.


Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.


Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.


Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.


Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .


Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.


Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.


Setelah Habis Mandi Baca lah Doa Ini,





Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan(yang berhak disembah melainkan ALLAH.Maha Esa tiada bersekutu denganNya dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu hamba dan RasulNya.

Tuesday 12 July 2011

kebaikan bulan ramadan

Assalamualaikum. Bulan Ramadhan Al Mubarak adalah bulan yang penuh dengan banyak keberkatan di dalamnya. Banyak kelebihan yang terdapat dalam bulan yang mulia ini. Di sini saya ingin berkongsikan dengan anda di antara beberapa kelebihan yang terdapat pada bulan Ramadhan ini berbanding dengan bulan-bulan islam yang lain.
1) Bulan Ramadhan adalah bulan keampunan. Di dalam bulan ini segala dosa akan diampunkan oleh Allah jika kita banyak berdoa dan memohon ampun kepadaNya. Setiap dari kita yang bernama manusia sudah tentu tidak terlepas dari melakukan dosa-dosa semasa hidup di dunia ini. Ambillah keberkatan yang ada pada bulan ini dan ikhlas memohon kepadaNya supaya dosa-dosa yang telah dilakukan akan diampunkan.
2) Bulan yang ada padanya Lailatul Qadar. Lailatul Qadar adalah malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Malam yang  paling baik ini dikurniakan kepada umat islam untuk mendapatkan keampunan dari Allah dan mendapatkan pahala melalui amalan yang dilakukan pada malam tersebut. Segala amalan yang dilakukan pada malam ini akan digandakan pahala amalannya.
3) Bulan yang padanya permulaan penurunan Al Quran. Al Quran kitab suci agama islam yang menjadi mukjizat sehingga ke hari kiamat. Al Quran adalah pembimbing kepada umat islam agar tidak tersesat dalam hidup mereka selagi mereka terus berpegang kepada kitab suci ini. Pada bulan Ramadhan ini kita sangat-sangat digalakkan untuk memperbanyakkan bacaan Al Quran untuk mendapat ganjaran pahala yang besar.
4) Bulan pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup. Pinta syurga akan dibuka seluas-luasnya dan pintu neraka akan ditutup serapat-rapatnya. Ianya adalah sebagai tanda kemuliaan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Syurga adalah tempat yang di idam-idamkan oleh semua orang pada hari akhirat nanti.
5) Bulan tiada syaitan yang bermaharajalela. Pada bulan yang mulia ini syaitan-syaitan akan dibelenggu. Tiada lagi makhluk yang bernama syaitan yang akan menghasut manusia ke arah kemungkaran. Tapi manusia masih mempunyai nafsu untuk dihalang agar dijauhkan dari melakukan kemungkaran.
6) Bulan pahala amalan dilipat gandakan. Segala amalan kebaikan pada bulan ini akan digandakan amalan kebaikan tersebut. Pada bulan ini kita sangat-sangat digalakkan memperbanyakkan amalan sunat seperti sedekah, selawat, berzikir, membaca Al Quran dan banyak lagi amalan-amalan lain. InsyaAllah segala amalan yang kita lakukan akan dilipat gandakan oleh Allah.
7) Bulan yang agung dalam islam. Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling mulia berbanding bulan-bulan islam yang lain. Ini kerana pada bulan ini banyak keberkatan dan rahmat Allah yang dikurniakan kepada hamba-hambanya.
Semoga dengan kelebihan yang terdapat pada bulan Ramadhan yang mulia ini akan membuatkan kita semakin kuat untuk melakukan ibadah kepada Allah. Semakin banyak amalan yang dilakukan mudah-mudahan akan memberi semakin banyak pahala kepada kita. InsyaAllah.

Tuesday 5 July 2011

PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN

SYIRIKmenyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af'alnya


KUFUR
  tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W


MURTAD
berpaling atau keluar daripada agama islam


KHURAFAT
  Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat


SIHIR
 ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib, iaitu dengan bantuan syaitan atau jin bertujuan memudharatkan atau mengelirukan manusia


MUNAFIK
Berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah

diet mengikut sunah nabi Muhammad S.A.W

Kita diwajibkan menjaga kesihatan tubuh badan agar sentiasa sihat kerana ia adalah amanah daripada ALLAH S.W.T…
Makanan yang tidak boleh dicampur dalam satu hidang:
1.Susu dengan ikan
2.Cuka dengan susu
3.Buah-buahan dengan susu
4.Daun salad dengan ikan
5.Bawang putih dengan bawang merah (jika dicampur boleh menyebabkan lumpuh,bawang besar jika dimakan selama 40 hari berturut-turut boleh menyebabkan bintik hitam di muka)
6.Daging segar dengan daging kering
7.Benda masam dengan benda berasid seperti cuka
8.Cuka dengan nasi
9.Buah delima dengan serunding
10.Telur dengan ikan.
**Semua ini jika diamalkan boleh menyebabkan penyakit Lumpuh dan stroke.
**Tidur seketika (10-15min) sebelum zohor boleh mengembalikan tenaga!!
Perkara yang perlu dielakkan untuk menjaga kesihatan tubuh badan.
1.Jangan mandi air suam selepas makan kenyang.(paling bahaya drp cara pemakanan diatas)
2.Senaman sebelum makan.
3.Jangan senaman atau berjalan selepas makan tengahari
4.Jangan makan buah selepas makan.
5.Makan buah selepas makan akan mengambil masa 8 jam untuk menghadam makanan.
6.Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi)
7.Jangan tinggal makan malam walaupun sebiji kurma
8.Makan sedikit waktu malam (awet muda,sunnah nabi)
9.Selepas makan malam kena bergerak atau berjalan sekurang-kurangnya 100 langkah.
10.Jangan tidur selepas makan akan menyebabkan sembelit.
11.Meninggalkan makan malam akan mempercepatkan tua sebelum tua.
**kalau tak makan malam, enzim akan memproses lemak dalam perut dan lemak akan menjadi bertambah lemak atau kolestral bertambah..
Wallahua’lam………

Friday 1 July 2011

beza syahid dunia dan syahid akhirat

1. syahid dunia akhirat
- ialah orang yang terbunuh di jalan Allah semasa berperang dengan niat ikhlas tanpa riak dan tidak berbuat Ghulul (mencuri harta rampasan perang)
2. syahid dunia
- ialah orang yang terbunuh ketika berperang tetapi tidak ikhlas kerana Allah dan bukannya menegakkan kalimat Allah, soal niatnya, manusia selain dirinya tidak ada yang tahu tetapi ketika jasadnya terbunuh ketika berperang melawan kafir, maka ia dikategorikan sebagai mati syahid
3. Syahid akhirat
- ialah orang yang mati kerana lemas, terbakar, sakit taun, sakit perut dan lain-lain lagi. orang yang termasuk kategori ini dimandikan, dikapankan serta disolatkan.

hukum mewarna rambut

Ulama telah bersepakat dalam mengharuskan mewarna dari warna hitam kepada warna lain selain hitam adalah dibenarkan syarak. Dengan syarat seperti berikut:
1. pewarna yang tidak kekal, jika tidak ia akan dilaknat dan dikira mengubah ciptaan Allah
2. pewarna yang halal dan suci dan telap air.
3. tidak memudaratkan kesihatan individu
4. memutihkan rambut dengan mengikis warna hitamnya bertujuan untuk menghasilkan warna yang lebih cantik adalah makruh.
5.tidak bertujuan untuk menunjukkan kecantikan kepada orang lain.

Wednesday 29 June 2011

peristiwa Israk dan Mikraj

sebelum Israk dan Mikraj


Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.


perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa



Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i.      Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii.     Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii.    Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§       Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
§       Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
§       Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
§       Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
§       Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
§       Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§       Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
§       Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
§       Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
§       Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
§       Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
§       Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
§       Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.



Naik ke Hadratul-Qudus menemui Allah


Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
i.    Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
ii.    Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
iii.   Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
iv.   Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
 v.   Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
vi.   Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
vii.    Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
viii.   Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
ix.   Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
 x.     Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S.W.T     :       Ya Muhammad.  
Rasulullah        :       Labbaika.  
Allah S.W.T     :       Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. 
Rasulullah        :       Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. 
Allah S.W.T     :       Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang. 
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya

Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).

Monday 27 June 2011

kebaikan solat subuh dan cara memudahkan bangun diawal pagi serta halangannya

kebaikan solat subuh


1. Anda akan sentiasa berada di dalam perlindungan dan jagaan Allah swt.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Sesiapa yang bersembahyang subuh secara berjamaah, maka dia berada di dalam jagaan Allah.” (Hadis sahih)

2. Ia menyelamatkan anda daripada neraka.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Tidak akan masuk neraka sesiapa yang bersembahyang sebelum terbit matahari dan sebelum ia tenggelam.” (Hadis sahih)

3. Sembahyang anda disaksikan oleh para malaikat.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Malaikat malam dan siang akan berkumpul pada waktu sembahyang subuh.”

4. Dijanjikan syurga.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Sesiapa yang bersembahyang subuh dan asar akan masuk syurga.” (Hadis sahih)

Bagaimana Anda Boleh Bersembahyang Subuh

Peliharalah perkara-perkara berikut, insya Allah anda akan bangun untuk menunaikan sembahyang subuh:

1. Jangan melewatkan makan malam sehingga hampir waktu tidur dan janganlah anda memenuhkan perut anda dengan makanan.

2. Kuatkan azam dan tekad serta ikhlaskan niat dan berdoalah agar Allah membangkitkan anda untuk sembahyang subuh.

3. Adakan suatu cara yang boleh menyebabkan anda bangun, seperti meminta sahabat anda membuat panggilan telefon kepada anda pada waktu subuh, mengunci jam penggera atau meminta seseorang mengetuk pintu rumah anda sebelum dia ke masjid untuk sembahyang subuh.

4. Tidurlah dalam keadaan berwuduk di atas badan sebelah kanan. Jangan lupa membaca zikir sebelum tidur.

5. Sedapat mungkin jangan tidur bersendirian di dalam sebuah rumah.

6. Dari masa ke semasa, ulangi pembacaan anda tentang faedah-faedah sembahyang subuh dan hukuman orang yang meninggalkannya.

7. Berkawanlah dengan kawan-kawan yang baik terutamanya ‘kawan-kawan untuk sembahyang subuh’. Anda hendaklah sama-sama memastikan bahawa kesemuanya telah bersembahyang subuh pada setiap hari.

Halangan-halangan Sembahyang Subuh

Jika anda terdiri daripada orang-orang yang tidak mengerjakan sembahyang subuh apatah lagi di masjid, dan anda sedang mencari-cari jalan keselamatan, maka kami akan tunjukkan kepada anda pemusnah paling besar yang menghalang anda daripada menunaikan sembahyang subuh.

1. Maksiat:

Ia adalah halangan paling besar dan paling memusnahkan. Kerana Allah swt hanya memilih di kalangan para hambaNya yang sentiasa memelihara sembahyang subuhnya. Bagaimana mungkin Allah memilih orang yang berbuat maksiat terhadapNya sepanjang siang.

Abu Sulaiman al-Darani berkata: “Tidak terlepas seseorang daripada sesuatu sembahyang jamaah melainkan kerana satu dosa yang telah dilakukannya.”

2. Kawan yang tidak baik:

Kawan yang tidak baik merupakan perosak paling besar pada hari ini. Maka sesiapa yang mengetahui suatu kebaikan dilakukan oleh kawannya, dia hendaklah berpegang dengannya. Dan sesiapa yang mengetahui suatu keburukan pada kawannya, maka dia hendaklah meninggalkannya sebelum terlambat.

Firman Allah swt (surah al-Furqan ayat 27-28) yang bermaksud: “Dan (ingatkanlah) perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata: “Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul? “Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib!”

3. Berjaga malam dan tidur lewat:

Sesiapa yang tidur awal, dia akan bangun awal. Inilah hakikat yang sama-sama kita ketahui. Rasulullah saw tidak suka berjaga malam selepas waktu isyak kecuali kerana keperluan penting seperti bermuzakarah tentang ilmu atau bersenda gurau dengan isteri atau berbincang tentang urusan umat Islam.